TUNJANG KETERAMPILAN DIRI
Tujuan tunjang ini ialah memupuk
kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Fokus
tunjang ini adalah untuk mengenali dan mengurus emosi sendiri, kemudian
berbincing cara untuk mengenali dan menguruskan emosi sendiri serta orang lain.
Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain.
Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain.
Selain itu fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif. Murid perlu mengetahui cara untuk membina konsep kendiri yang positif serta dapat meningkatkan semangat serta keyakinan untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan orang lain. Seterusnya tunjang ini juga untuk membina kemahiran sosial dan murid perlu mengetahui cara untuk memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain.
Tunjang ini diharap dapat memperkenalkan kepada murid cara berkomunikasi dengan berhemah serta dapat menghormati hak orang laindi samping mengetahui cara yang betul untuk mengatasi konflik. Penerapan kecekapan tenaga akan dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan pembentukan sahsiah dan kepimpinan.
Contohnya, pelajar dapat mengetahui betapa pentingnya
penjimatan tenaga dan pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik kepada rakan
sebaya, seperti menutup suis kipas apabila tidak menggunakannya. Hal ini
menunjukkan contoh kepimpinan yang baik.
AKTIVITI 1 : CERITAKAN KELUARGA BAHAGIA
·
Murid-murid menceritakan
tentang keluarga mereka seperti aktiviti bersama mereka seperti aktiviti
bersama keluarga dengan bimbingan oleh guru.
·
Memberi peluang kepada
mereka untuk mengenali keluarga mereka dengan lebih mendalam selain mengenali
emosi mereka seperti gembira, bangga dan bahagia.
KELEBIHAN
AKTIVITI
·
Murid dapat menyatakan
emosi dengan betul
·
Murid dapat melatih diri
untuk bercakap di khalayak ramai
·
Murid dapat mengenali
keluarga mereka dengan lebih mendalam
·
Murid dapat mengenali
emosi mereka sendiri
AKTIVITI 2 :
KOTAK EMOSI
·
Guru menyediakan sebuah
kotak kecil yang diisi dengan kertas yang dilukis dengan pelbagai emoji
·
Lagu dipasangkan dan
kotak tersebut bergerak dari seorang pelajar kepada pelajar yang lain
·
Apabila lagu
diberhentikan, pelajar yang memegang kotak tersebut perlu mengambil sekeping
kertas yang dilukis emoji tersebut dan harus melakonkannya
·
Pelajar lain harus meneka
emoji yang dilakonkan oleh pelajar tersebut
·
Pelajar yang menjawab
dengan betul akan diberikan hadiah
KELEBIHAN
AKTIVITI
·
Murid dapat mengeratkan
hubungan silaturahim sesama rakan dan guru
·
Murid dapat mengenali
sesuatu emosi berdasarkan apa yang mereka lihat