Tunjang Kemanusiaan
(KM)
Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan tunjang Kemanusiaan murid akan lebih memahami diri sendiri, hubungan
antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam semula jadi. Murid juga akan menyedari
tanggungjawab dari dalam perhubungan-perhubungan ini dan seterusnya
melaksanakan tanggungjawab ini. Pada masa sama Murid akan labih memahami budaya
dan tradiri pelbagai kaum di Malaysia dan seterusnya melibatkan diri dalam
aktiviti dan perayaan komuniti pelbagai kaum.
AKTIVITI
1. Guru
membawa sebuah bakul sambil berjalan mengelilingi kelas. Kemudian, guru
berpura‐pura penat dan meminta seorang murid membawa bakul tersebut.
2. Guru
menerangkan semangat tolong menolong antara manusia.
3. Murid
memberi respon dan bercerita mengenai pengalaman mereka menolong ibu bapa di
rumah.
4. Guru
menunjukkan beberapa kad imbasan gambar seperti peti sejuk terbuka, lampu yang
menyala, televisyen yang sedang bersiaran dan air yang sedang mengalir di
sinki.
5. Murid
memberi respon terhadap gambar‐gambar tersebut.
6. Guru
menerangkan mengenai kad imbasan dan bertanya murid dimana boleh mereka melihat
keadaan yang sama dengan kad imbasan tersebut.
7. Murid
memberi respon kepada pertanyaan guru.
8. Guru
menerangkan bagaimana untuk murid mem‐ bantu situasi dalam kad imbasan
tersebut.
9. Murid
memberi idea mereka sambil dibimbing oleh guru.
10. Murid
membuat latihan dalam aktiviti Interaktif 7 dengan bimbingan guru.
11. Guru
membuat rumusan pembelajaran.