Sunday, 30 October 2022

Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika

1. MARI MEMBUAT CUPCAKE CHOCHOLATE


Aktiviti ini kita dapat membuat bersama- sama dengan kanak-kanak di rumah mahupun di tadika. Resepi ini sangat mudah untuk membuat cupcake. Kanak-kanak pun boleh membuat cupcake ini. Selain mudah untuk membuatnya, cupcake ini juga sangat sedap  dan digemari oleh semua orang termasuk kanak-kanak. Di bawah ini, saya akan memberitahu bahan-bahan yang digunakan serta cara membuatnya. Tunggu apa lagi JOMMM KITA BUAT CUPCAKE!!!!!



Bahan-bahan:

 2 cawan tepung gandum

 2 biji telur

 1/2 cawan butter

 1/2 cawan minyak masak

 3/4 cawan gula kastor

 1 cawan susu

 1 sudu teh baking soda

 1 sudu teh sodium bicarbonate

 200g coklat bar (tidak perlu cairkan)

 Chocolate chip

 1/2 cawan serbuk koko


Cara membuat cupcake:

1.  Putarkan 1/2 cawan butter bersama dengan gula dengan kelajuan tinggi selamat 30 saat sehingga kembang

2.  Selepas itu, masukkan bahan-bahan lain satu persatu. Putarkan semua bahan yang dimasukkan tadi. Untuk coklat bar terpulang kepada anda semua nak letak milk chocolate, dark chocolate atau dairy milk. Bergantung kepada citarasa anda semua.

3.   Setelah semua sebati, cedokkan adunan tadi menggunakaan sudu ke dalam mangkuk cupcake.

4.   Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius sekitar 10-15 minit

5.   Untuk lebih cantik, andajuga boleh menghiasi cupcake dengan icing


2. MARI MEMBUAT ORIGAMI HAIWAN YANG MUDAH


Origami adalah satu permainan yang menarik untuk meningkatkan kreativiti dan ketangkasan kanak-kanak. Lipatan kertas sempurna dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Selain itu, ia dapat meningkatkan kecerdasan, ketekunan dan imaginasi kanak-kanak. Pelbagai manfaat yang kanak-kanak dapat apabila mereka melakukan aktiviti origami. Bahan untuk membuat origami tidak perlu menggunakan bahan yang banyak. Hanya menggunakan kertas, gunting, gam, pembaris dan pensel.


ORIGAMI MUSANG


ORIGAMI RAMA-RAMA

 

ORIGAMI ARNAB


 

 

Saturday, 29 October 2022

Tunjang Kemanusiaan


Tunjang Kemanusiaan  (KM)

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tunjang Kemanusiaan murid akan lebih memahami diri sendiri, hubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan  alam semula jadi. Murid juga akan menyedari tanggungjawab dari dalam perhubungan-perhubungan ini dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab ini. Pada masa sama Murid akan labih memahami budaya dan tradiri pelbagai kaum di Malaysia dan seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti dan perayaan komuniti pelbagai kaum.

 

AKTIVITI

1.     Guru membawa sebuah bakul sambil berjalan mengelilingi kelas. Kemudian, guru berpura‐pura penat dan meminta seorang murid membawa bakul tersebut.

2.     Guru menerangkan semangat tolong menolong antara manusia.

3.     Murid memberi respon dan bercerita mengenai pengalaman mereka menolong ibu bapa di rumah.

4.     Guru menunjukkan beberapa kad imbasan gambar seperti peti sejuk terbuka, lampu yang menyala, televisyen yang sedang bersiaran dan air yang sedang mengalir di sinki.

5.     Murid memberi respon terhadap gambar‐gambar tersebut.

6.     Guru menerangkan mengenai kad imbasan dan bertanya murid dimana boleh mereka melihat keadaan yang sama dengan kad imbasan tersebut.

7.     Murid memberi respon kepada pertanyaan guru.

8.     Guru menerangkan bagaimana untuk murid mem‐ bantu situasi dalam kad imbasan tersebut.

9.     Murid memberi idea mereka sambil dibimbing oleh guru.

10.  Murid membuat latihan dalam aktiviti Interaktif 7 dengan bimbingan guru.

11.  Guru membuat rumusan pembelajaran.

 

 

 


Tunjang Keterampilan diri

TUNJANG KETERAMPILAN DIRI


Tujuan tunjang ini ialah memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Fokus tunjang ini adalah untuk mengenali dan mengurus emosi sendiri, kemudian berbincing cara untuk mengenali dan menguruskan emosi sendiri serta orang lain. Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain. Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain.

Selain itu fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif. Murid perlu mengetahui cara untuk membina konsep kendiri yang positif serta dapat meningkatkan semangat serta keyakinan untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan orang lain. Seterusnya tunjang ini juga untuk membina kemahiran sosial dan murid perlu mengetahui cara untuk memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain.

Tunjang ini diharap dapat memperkenalkan kepada murid cara berkomunikasi dengan berhemah serta dapat menghormati hak orang laindi samping mengetahui cara yang betul untuk mengatasi konflik. Penerapan kecekapan tenaga akan dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan pembentukan sahsiah dan kepimpinan.

Contohnya, pelajar dapat mengetahui betapa pentingnya penjimatan tenaga dan pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik kepada rakan sebaya, seperti menutup suis kipas apabila tidak menggunakannya. Hal ini menunjukkan contoh kepimpinan yang baik.

 

AKTIVITI 1 : CERITAKAN KELUARGA BAHAGIA



·       Murid-murid menceritakan tentang keluarga mereka seperti aktiviti bersama mereka seperti aktiviti bersama keluarga dengan bimbingan oleh guru.

·       Memberi peluang kepada mereka untuk mengenali keluarga mereka dengan lebih mendalam selain mengenali emosi mereka seperti gembira, bangga dan bahagia.


KELEBIHAN AKTIVITI

·       Murid dapat menyatakan emosi dengan betul

·       Murid dapat melatih diri untuk bercakap di khalayak ramai

·       Murid dapat mengenali keluarga mereka dengan lebih mendalam

·       Murid dapat mengenali emosi mereka sendiri

 


AKTIVITI 2 : KOTAK EMOSI



·       Guru menyediakan sebuah kotak kecil yang diisi dengan kertas yang dilukis dengan pelbagai emoji

·       Lagu dipasangkan dan kotak tersebut bergerak dari seorang pelajar kepada pelajar yang lain

·       Apabila lagu diberhentikan, pelajar yang memegang kotak tersebut perlu mengambil sekeping kertas yang dilukis emoji tersebut dan harus melakonkannya

·       Pelajar lain harus meneka emoji yang dilakonkan oleh pelajar tersebut

·       Pelajar yang menjawab dengan betul akan diberikan hadiah


KELEBIHAN AKTIVITI

·       Murid dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan dan guru

·       Murid dapat mengenali sesuatu emosi berdasarkan apa yang mereka lihat

 

Tunjang Sains Dan Teknologi

Topik 1 Pemakanan Seimbang Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat adalah perkara yang sangat penting untuk   kanak – kanak kerana pe...