1. MARI MEMBUAT CUPCAKE CHOCHOLATE
Aktiviti ini kita dapat membuat bersama- sama dengan kanak-kanak di rumah mahupun di tadika. Resepi ini sangat mudah untuk membuat cupcake. Kanak-kanak pun boleh membuat cupcake ini. Selain mudah untuk membuatnya, cupcake ini juga sangat sedap dan digemari oleh semua orang termasuk kanak-kanak. Di bawah ini, saya akan memberitahu bahan-bahan yang digunakan serta cara membuatnya. Tunggu apa lagi JOMMM KITA BUAT CUPCAKE!!!!!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung
gandum
2 biji
telur
1/2 cawan
butter
1/2 cawan
minyak masak
3/4 cawan
gula kastor
1 cawan
susu
1 sudu teh
baking soda
1 sudu teh
sodium bicarbonate
200g coklat
bar (tidak perlu cairkan)
Chocolate
chip
1/2 cawan serbuk koko
Cara membuat cupcake:
1. Putarkan 1/2 cawan butter bersama dengan gula
dengan kelajuan tinggi selamat 30 saat sehingga kembang
2. Selepas itu, masukkan bahan-bahan lain satu
persatu. Putarkan semua bahan yang dimasukkan tadi. Untuk coklat bar terpulang
kepada anda semua nak letak milk chocolate, dark chocolate atau dairy milk.
Bergantung kepada citarasa anda semua.
3. Setelah semua sebati, cedokkan adunan tadi
menggunakaan sudu ke dalam mangkuk cupcake.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius
sekitar 10-15 minit
5. Untuk lebih cantik, andajuga boleh menghiasi
cupcake dengan icing
2. MARI MEMBUAT ORIGAMI HAIWAN YANG MUDAH
Origami adalah satu permainan yang menarik untuk meningkatkan kreativiti dan ketangkasan kanak-kanak. Lipatan kertas sempurna dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Selain itu, ia dapat meningkatkan kecerdasan, ketekunan dan imaginasi kanak-kanak. Pelbagai manfaat yang kanak-kanak dapat apabila mereka melakukan aktiviti origami. Bahan untuk membuat origami tidak perlu menggunakan bahan yang banyak. Hanya menggunakan kertas, gunting, gam, pembaris dan pensel.
ORIGAMI MUSANG
ORIGAMI RAMA-RAMA
ORIGAMI ARNAB