Monday, 28 November 2022

Tunjang Sains Dan Teknologi

Topik 1

Pemakanan Seimbang

Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat adalah perkara yang sangat penting untuk  kanak – kanak kerana pemakanan yang seimbang menyumbang kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan mereka. Keperluan pemakanan kanak – kanak adalah berbeza mengikut umur mereka. Hal ini demikian kerana kadar tumbesaran dan perkembangan  kanak – kanak yang berbeza. Tadika perlu menyediakan permakanan yang seimbang mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak – Kanak Kecil, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008.

Kanak – kanak perlu diberikan makanan yang seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi. Makanan yang disediakan mestilah berkhasiat dengan amaun yang mencukupi seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara contoh menu mingguan kanak – kanak di tadika.

Menu Mingguan Kanak – Kanak:

 

HARI

SARAPAN

MINUM PAGI

MENU

KALORI (Kcal)

MENU

KALORI (Kcal)

 

AHAD

 

1 BIJI BAN KOSONG/ KISMIS/ KENTANG

1 CAWAN SUSU BERPERISA COKLAT

1 CAWAN AIR KOSONG

 

 

100

 

120

 

0

 

 

1 SET NASI LEMAK

(Nasi + Sambal Ikan Bilis + Telur Rebus + Timun)

1 HIDANGAN BUAH

1 CAWAN AIR KOSNG

 

280

 

 

30

0

 

ISNIN

2 KEPING LEMPENG KOSONG + MADU

1 CAWAN SUSU

1 CAWAN AIR KOSONG

140

 

80

0

 

1 ½ SENDUK MEE GORENG

(Mee + Isi Ayam + Sawi + Lobak Merah)

1 HIDANGAN BUAH

1 CAWAN AIR KOSONG

190

 

 

30

0

         

SELASA

3 KEPING BISKUT

1 CAWAN SUSU BERBIJIRIN

1 CAWAN AIR KOSONG

 

90

135

0

1 1/2 SENDUK BIHUN GORENG PUTIH (Bihun + Isi Ayam + Kubis + Lobak Merah)

1 HIDANGAN BUAH

1 CAWAN AIR KOSONG

 

210

 

 

30

0

 

RABU

3 KEPING BISKUT

1 CAWAN SUSU BERBIJIRIN

1 CAWAN AIR KOSONG

90

135

0

1 ½ SENDUK NASI PUTIH

1 ½ EKOR IKAN MASAK KICAP + KUBIS GORENG

1 HIDANGAN BUAH

1 CAWAN AIR MASAK

150

125

 

30

0

 

KHAMIS

1 KEPING SANDWICH TELUR

1 CAWAN SUSU BERPERISA COKLAT

1 CAWAN AIR KOSONG

70

120

 

0

1 MANGKUK SOTO AYAM

(Nasi Impit + Hirisan Ayam + Kubis + Sup Ayam)

1 HIDANGAN BUAH

1 CAWAN AIR KOSOSNG

190

 

 

30

0

Dengan adanya contoh menu makanan kanak- kanak ini, harap dapat membantu memberi manfaat kepada semua.

 

 

 

Topik 2

Kitaran Hidupan Katak ( Bahan Bantu Mengajar )

Ini merupakan bahan bantu mengajar kitaran hidupan katak yang boleh digunakan untuk mengajar kanak – kanak.

Katak merupakan spesies yang mempunyai kitaran hidupan yang lengkap. Kitaran hidup katak terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :

Peringkat 1 ( telur )


Pada peringkat ini biasa katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur berbentuk kelompok dan melekat melekat antara satu sama lain. Katak bertelur banyak biasanya berpuluh – puluh sehingga beratus -  ratus biji telur.

Peringkat 2 ( Berudu )


Telur katak akan berubah menjadi berudu selepas 21 hari, berudu akan membesar sehingga berudu tersebut berjaya berenang di dalam air.

Peringkat 3 ( Katak muda/anak katak )

Berudu kemudian akan berubah menjadi katak muda atau anak katak selepas 5 minggu. Kaki hadapan mula terbentuk dan kelihatan di bahagian belakang kepalanya yang bonjol serta ekor katak muda yang kecil. Dengan ini dapat membantu berudu untuk berenang.

Peringkat 4 ( Katak dewasa )

Kemudian, selepas 11 minggu, jadilah katak dewasa yang telah berkembang dengan lengkap mempunyai kaki, mata, mulut, paru – paru dan tanpa ekor. Katak dewasa boleh berenang dan keluar dari air. Kebiasaannya katak dewasa lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat.


RUJUKAN

Puan Jameyah Sheriff (2013). Kurikulum Permata Negara, W101, Aras 1, Blok 3440, Enterprise Building 1, Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Nusa Karisma Sdn Bhd.

https://www.instagram.com/reel/CiUUxDTpTmN/?igshid=YmMyMTA2M2Y=


Tunjang Komunikasi

1. BIG BOOK KANAK-KANAK


Pada 1/12/2022, kami akan ke Tabika Kemas 5, Anggerik untuk membuat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan big book. Sebelum kami ke Tabika Kemas, kami perlu menyediakan beberapa bahan terlebih dahulu seperti menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), membuat big book yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak dan menyediakan beberapa hadiah bagi menjayakan lagi sesi pengajaran tersebut.

           

Apa yang akan kami ajarkan kepada kanak-kanak di tabika tersebut adalah menceritakan satu kisah yang bertajuk Kura-kura ingin terbang. Tujuan kami menceritakan kisah tersebut kerana ianya mempunyai pengajarannya tersendiri. Dengan menggunakan big book ini juga, kanak-kanak dapat melihat dengan jelas ilustrasi dan ayat yang digunakan.

 

Selain menggunakan ilustrasi dengan ayat yang mudah di fahami, big book kami juga terdapat watak dan perwatakan yang mudah kanak-kanak ingat dan tahu jalan cerita yang terjadi. Plot di dalam cerita ini juga sangat ringkas. Apa yang penting, big book yang kami hasilkan ini bersesuian dengan umur kanak-kanak dari 4 hingga 6 tahun. Ini kerana, di dalam tabika yang akan kami mengajar tersebut terdapat kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun, jadi big book yang kami hasilkan ini ayat dan perkataan tidaklah terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek. Gambar dan ilustrasi yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan mudah untuk kanak-kanak melihat.


Terdapat beberapa bahan yang kami gunakan untuk menghasilkan satu big book. Sebahagian dari bahan ini, ada yang dibeli oleh kami dan ada juga kami menggunakan bahan kitar semula. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjimatkan kos.



Rajah 1: Contoh gambar yang diambil dari google


Kami berharap dengan big book yang kami hasilkan ini dapat membantu kanak-kanak menambah ilmu pengetahuan serta dapat mencipta kenangan yang manis apabila dewasa kelak.

 

 

SINOPSIS SANG KURA-KURA YANG INGIN TERBANG


Kisah ini menceritakan tentang Sang Kura-kura yang ingin terbang. Terdapat dua watak di dalam cerita ini, iaitu watak Sang Kura-kura dan Sang Helang. Cerita ini juga menceritakan bagaimana Sang Kura-kura mempunyai keinginan untuk terbang. Kisahnya bermula apabila Sang Kura-kura ternampak seekor helang yang sedang terbang tinggi, lalu Sang Kura-kura pun berasa ingin terbang juga.


Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura meminta tolong dari Sang Helang untuk mengajarkannya terbang tinggi, akan tetapi Sang Helang mengatakan pada Sang Kura-kura bahawa Sang Kura-kura tidak mempunyai sayap untuk terbang. Sang Kura-kura terus merayu kepada Sang Helang untuk mengajarnya terbang. Mendengar rayuan daripada Sang Kura-kura, akhirnya Sang Helang pun bersetuju untuk mengajar Sang Kura-kura terbang.

 

Sang Helang pun mengangkat Sang Kura-kura ke udara. Setelah membawa Sang Kura-kura terbang tinggi ke udara, Sang Helang pun melepaskan Sang Kura-kura dan meminta Sang Kura-kura untuk mengibarkan kakinya seperti sayap. Malangnya, Sang Kura-kura jatuh menjunam ke bumi. Tetapi mujurlah dia terjatuh di dalam sebuah kolam.

 

Akhirnya, Sang Kura-kura sedar akan kelemahan dirinya bahawa ia tidak boleh terbang seperti Sang Helang.

 


 Rajah 2 : Contoh gambar yang diambil dari google


 

2. MENGAJAR KANAK-KANAK DI TABIKA KEMAS


Pada 14/08/2022, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke Tabika Kemas 5, Anggerik untuk mengajar kanak-kanak mengenal buah-buahan. Sebelum kami mengajar di tabika tersebut, kami menyiapkan RPH dan bahan bantu mengajar terlebih dahulu. Tujuan kami ke tabika tersebut adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenal jenis buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia, contoh buah yang kami gunakan ialah buah naga, pisang dan mangga.

 

Selain itu, kami sekumpulan juga ingin merasai pengalaman sebenar mengajar kanak-kanak di sekolah. Al maklumlah setelah sekian lama negara kita dilanda dengan masalah Covid-19 dan kita terpaksa belajar secara online. Jadi dengan adanya kesempatan ini, kami pun menggunakannya dengan sebaik mungkin.


Sebelum kami ke tabika tersebut, kami sekumpulan telah berbincang terlebih dahulu mengenai topik apa yang akan kami ajarkan. Kemudian, kami membuat RPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian mengenai buah tempatan. Dan akhir sekali kami mencari dan menyediakan bahan bantu mengajar (buah tempatan dan lembaran kerja).

 

Bahan-bahan yang disediakan





Rajah 1 : contoh gambar buahan tempatan

      



Rajah 2 : contoh bahan untuk anyaman dan mewarna

                                           

Kami dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gembira, kerana murid-murid telah memberi kerjasama yang baik di dalam kelas. Tetapi kami perlu membuat beberapa penambahbaikan kerana ada beberapa orang murid tidak suka mewarna kertas lukisan yang besar.





Rajah 3 : gambar di dalam kelas



 

Sunday, 27 November 2022

Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai


PENGENALAN

Ø  Bagi kelas yang mempunyai 5 atau lebih murid beragama Islam, Pendidikan Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu

Ø  Bagi kelas yang mempunyai 5 atau lebih murid yang bukan beragama Islam, Pendidikan Moral hendaklah diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.

Ø  Bagi kelas yang tiada atau mempunyai kurang daripada 5 orang murid bergama Islam, Pendidikan Moral boleh digabungkan dengan Pembelajaran Bersepadu.

 

PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam memberi penekanan terhadap penguasaan asas Al-Quran dan jawi, pembentukan akidah, pemupukan asas ibadah, penyuburan adad dan akhlak dan pengenalan kepada sirah.

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Pendidikan Islam, murid boleh:

1.     Mengenal huruf-huruf hijaiyah, menghafaz surah-surah pendek dan mempelajari bahasa Arab mudah.

2.     Memahami asas beriman dan beribadah kepada Allah.

3.     Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW serta berusaha mencontohinya.

4.     Mengamalkan adab dan akhlak yang mulia dalam kehidupan.

5.     Membaca suku kata dan menulis huruf jawi dengan betul.

 

PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral memfokuskan pembentukan insan berakhlak muia dengan berteraskan tiga domain iaitu:

 

1.     Penaakulan Moral

o   Keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah

 

2.     Emosi Moral

o   Kesedaran perasaan moral melahirkan kesedaran untuk berkelakuan baik dan betul yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Perasaan moral melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.

 

3.     Perlakuan Moral

o   Tindakan moral yang ada kaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti.

 

Ketiga-tiga domain perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai murni yang diterima dan menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral, murid boleh:

·        Mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia.

·        Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.

·        Mengeratkan hubungan denga anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan.

 

RUJUKAN

https://asiahsolehah.wordpress.com/2017/10/02/tunjang-kerohanian-sikap-dan-nilai/

Tunjang Sains Dan Teknologi

Topik 1 Pemakanan Seimbang Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat adalah perkara yang sangat penting untuk   kanak – kanak kerana pe...