PENGENALAN
Ø
Bagi
kelas yang mempunyai 5 atau lebih murid beragama Islam, Pendidikan Islam
hendaklah diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu
Ø
Bagi
kelas yang mempunyai 5 atau lebih murid yang bukan beragama Islam, Pendidikan
Moral hendaklah diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.
Ø
Bagi
kelas yang tiada atau mempunyai kurang daripada 5 orang murid bergama Islam,
Pendidikan Moral boleh digabungkan dengan Pembelajaran Bersepadu.
PENDIDIKAN
ISLAM
Pendidikan Islam
memberi penekanan terhadap penguasaan asas Al-Quran dan jawi, pembentukan
akidah, pemupukan asas ibadah, penyuburan adad dan akhlak dan pengenalan
kepada sirah.
Selepas
mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Pendidikan Islam, murid boleh:
1.
Mengenal
huruf-huruf hijaiyah, menghafaz surah-surah pendek dan mempelajari bahasa Arab
mudah.
2.
Memahami
asas beriman dan beribadah kepada Allah.
3.
Mengenali
sirah dan peribadi Rasulullah SAW serta berusaha mencontohinya.
4.
Mengamalkan
adab dan akhlak yang mulia dalam kehidupan.
5.
Membaca
suku kata dan menulis huruf jawi dengan betul.
PENDIDIKAN
MORAL
Pendidikan Moral
memfokuskan pembentukan insan berakhlak muia dengan berteraskan tiga domain
iaitu:
1.
Penaakulan
Moral
o Keupayaan mental untuk mengenal pasti
perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah
2.
Emosi
Moral
o Kesedaran perasaan moral melahirkan
kesedaran untuk berkelakuan baik dan betul yang menyebabkan insan berasa
gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan
sesuatu yang tidak betul. Perasaan moral melahirkan motivasi moral dan niat
untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.
3.
Perlakuan
Moral
o Tindakan moral yang ada kaitan antara
penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab,
akauntabiliti dan berintegriti.
Ketiga-tiga domain perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai murni yang diterima dan menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.
Selepas
mengikuti aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral, murid boleh:
·
Mengetahui
dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia.
·
Menghayati
dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.
·
Mengeratkan
hubungan denga anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan.
RUJUKAN
https://asiahsolehah.wordpress.com/2017/10/02/tunjang-kerohanian-sikap-dan-nilai/