1. BIG BOOK KANAK-KANAK
Pada 1/12/2022, kami akan ke Tabika Kemas 5, Anggerik untuk membuat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan big book. Sebelum kami ke Tabika Kemas, kami perlu menyediakan beberapa bahan terlebih dahulu seperti menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), membuat big book yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak dan menyediakan beberapa hadiah bagi menjayakan lagi sesi pengajaran tersebut.
Apa yang akan kami ajarkan kepada
kanak-kanak di tabika tersebut adalah menceritakan satu kisah yang bertajuk
Kura-kura ingin terbang. Tujuan kami menceritakan kisah tersebut kerana ianya
mempunyai pengajarannya tersendiri. Dengan menggunakan big book ini juga,
kanak-kanak dapat melihat dengan jelas ilustrasi dan ayat yang digunakan.
Selain menggunakan ilustrasi dengan
ayat yang mudah di fahami, big book kami juga terdapat watak dan perwatakan
yang mudah kanak-kanak ingat dan tahu jalan cerita yang terjadi. Plot di dalam
cerita ini juga sangat ringkas. Apa yang penting, big book yang kami hasilkan
ini bersesuian dengan umur kanak-kanak dari 4 hingga 6 tahun. Ini kerana, di
dalam tabika yang akan kami mengajar tersebut terdapat kanak-kanak yang berumur
4 hingga 6 tahun, jadi big book yang kami hasilkan ini ayat dan perkataan
tidaklah terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek. Gambar dan ilustrasi
yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan mudah untuk kanak-kanak melihat.
Terdapat beberapa bahan yang kami gunakan untuk menghasilkan satu big book. Sebahagian dari bahan ini, ada yang dibeli oleh kami dan ada juga kami menggunakan bahan kitar semula. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjimatkan kos.
Rajah 1: Contoh gambar
yang diambil dari google
Kami berharap dengan big book yang kami hasilkan ini dapat membantu kanak-kanak menambah ilmu pengetahuan serta dapat mencipta kenangan yang manis apabila dewasa kelak.
SINOPSIS SANG KURA-KURA YANG INGIN TERBANG
Kisah ini menceritakan tentang Sang Kura-kura yang ingin terbang. Terdapat dua watak di dalam cerita ini, iaitu watak Sang Kura-kura dan Sang Helang. Cerita ini juga menceritakan bagaimana Sang Kura-kura mempunyai keinginan untuk terbang. Kisahnya bermula apabila Sang Kura-kura ternampak seekor helang yang sedang terbang tinggi, lalu Sang Kura-kura pun berasa ingin terbang juga.
Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura meminta tolong dari Sang Helang untuk mengajarkannya terbang tinggi, akan tetapi Sang Helang mengatakan pada Sang Kura-kura bahawa Sang Kura-kura tidak mempunyai sayap untuk terbang. Sang Kura-kura terus merayu kepada Sang Helang untuk mengajarnya terbang. Mendengar rayuan daripada Sang Kura-kura, akhirnya Sang Helang pun bersetuju untuk mengajar Sang Kura-kura terbang.
Sang Helang pun mengangkat Sang Kura-kura ke udara. Setelah membawa Sang Kura-kura terbang tinggi ke udara, Sang Helang pun melepaskan Sang Kura-kura dan meminta Sang Kura-kura untuk mengibarkan kakinya seperti sayap. Malangnya, Sang Kura-kura jatuh menjunam ke bumi. Tetapi mujurlah dia terjatuh di dalam sebuah kolam.
Akhirnya, Sang Kura-kura sedar akan kelemahan dirinya bahawa ia tidak boleh terbang seperti Sang Helang.
2. MENGAJAR KANAK-KANAK DI TABIKA KEMAS
Pada 14/08/2022, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke Tabika Kemas 5, Anggerik untuk mengajar kanak-kanak mengenal buah-buahan. Sebelum kami mengajar di tabika tersebut, kami menyiapkan RPH dan bahan bantu mengajar terlebih dahulu. Tujuan kami ke tabika tersebut adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenal jenis buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia, contoh buah yang kami gunakan ialah buah naga, pisang dan mangga.
Selain itu, kami sekumpulan juga ingin merasai pengalaman sebenar mengajar kanak-kanak di sekolah. Al maklumlah setelah sekian lama negara kita dilanda dengan masalah Covid-19 dan kita terpaksa belajar secara online. Jadi dengan adanya kesempatan ini, kami pun menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Sebelum kami ke tabika tersebut, kami sekumpulan telah berbincang terlebih dahulu mengenai topik apa yang akan kami ajarkan. Kemudian, kami membuat RPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian mengenai buah tempatan. Dan akhir sekali kami mencari dan menyediakan bahan bantu mengajar (buah tempatan dan lembaran kerja).
Bahan-bahan yang disediakan
Rajah 1 : contoh gambar buahan tempatan
Rajah 2 : contoh bahan untuk anyaman dan mewarna
Kami dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gembira, kerana murid-murid telah memberi kerjasama yang baik di dalam kelas. Tetapi kami perlu membuat beberapa penambahbaikan kerana ada beberapa orang murid tidak suka mewarna kertas lukisan yang besar.